Wednesday 7 March 2012

Jenis-jenis Coklat yang kami gunakan.


 Coklat Kompaun dan Coklat Couverture

Coklat Couverture
  • Adalah coklat yang paling berkualiti tinggi kerana kandungan mentega koko yang tinggi. 
  • Ia sangat sensitif terhadap suhu dan tidak boleh dicairkan dengan suhu melebihi 43 darjah Celcius. 
  • Ia merupakan coklat yang paling sedap tetapi sukar untuk dikendalikan.
  • Ia juga lebih mahal berbanding coklat kompun.


Coklat Kompaun 
  • Adalah mentega koko yang tinggi. 
  • Ia terdiri daripada 3 jenis iaitu 

  1.   Dark Chocolate Kompaun
  2.   Milk Chocolate Compaun
  3.   White Chocolate Compaun. 

  • Ia juga mempunyai rasa dan kandungan yang berbeza.


Perbezaan ketiga tiga jenis Coklat Kompaun :

  • Dark Chocolate - Ia terdiri daripada mentega koko,gula dan lesitin. Ia boleh digunakan dalam masakan kerana kaya dengan perasa coklat yang sedap.
  • Milk Chocolate - Ia terdiri daripada mentega koko,likuer koko, gula, vanila, pepejal susu dan lesitin. Ia biasanya digunakan dalam pembuatan coklat buatan tangan. Ia tidak sesuai untuk digunakan sebagai coklat masakan.
  • White Chocolate - ia mengandungi mentega koko, gula, pepejal susu, vanila dan lesitin. Tetapi ia tidak mengandungi likeur koko menjadikannya ia berwarna putih. Ia digunakan dalam pembuatan coklat buatan tangan sebagai perbandingan warna coklat agar nampak lebih cantik dan berwarna warni.


Beza coklat kompaun dan coklat masakan?

Coklat masakan sebenarnya sejenis coklat compaun. Tetapi gred yang lebih rendah. Ia mengandungi lemak sayuran mengantikan mentega koko, gula, pepejal susu, serbuk koko dan lesitin

No comments:

Post a Comment